Saya ingin berkongsi satu cerita di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga cerita ringkas ini mampu memberi seribu pengajaran yang bermakna kepada kita semua.
Pada suatu malam di bulan Ramadhan, seorang lelaki sedang mengaji seorang diri di satu sudut di dalam masjid. Selepas beberapa minit dia mula membaca al-Quran, seorang kanak-kanak sekitar usia enam tahun menghulurkan rehal untuk digunakan bagi meletakkan al-Quran yang sedang dibaca. Lelaki itu hanya mampu mengucapkan terima kasih dan kanak-kanak itu membalas dengan sekuntum senyuman.
Namun, di dalam hati lelaki tersebut, beliau merasakan begitu terharu kerana kanak-kanak sekecil itu telah mampu untuk berfikir untuk membantu orang lain tanpa diminta. Pemberian rehal itu nampak kecil tapi sangat bermakna. Membaca al-Quran menggunakan rehal dirasakan jauh lebih selesa dan mudah.
Dalam hati kecil lelaki itu berkata, "Alangkah indahnya jika anak aku nanti mempunyai peribadi seperti di". budak kecil sebentar ta
Tetapi alangkah lebih baik sekiranya sebagai permulaannya, dia berkata, "Alangkah baiknya jika aku selepas ini mengamalkan sikap seperti yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut".
Kita yang sudah dewasa ini juga sudah pasti mampu menghulurkan bantuan kepada mana-mana individu tanpa diminta. Ia mungkin sesuatu yang kecil tetapi sebenarnya ia merupakan satu pengorbanan yang sangat bermakna. Jika kita tidak mendapat penghargaaan daripada insan yang dibantu sekalipun, Insya-Allah kita akan mendapat penghargaan daripada Allah yang jauh lebih bernilai.
amirah jasmi
Saturday, 24 September 2011
Friday, 23 September 2011
ILMU
ILMU,
BUKAN SEBARANG KATA,
NAMUN REMEH TANGGAPAN MANUSIA,
EMPAT ABJAD INDAH TERUKIR,MENYIMPAN SERIBU MAKNA,
TERSIRAT JUTAAN RAHSIA.
ILMU,
TIDAK TERNILAI HARGANYA,
NAMUN BUKAN SEMUA MANUSIA,
MEMAHAMI KEPENTINGANNYA,
BAGI SESETENGAH MEREKA,
ILMU ITU SEKADAR NAMA,
INGATLAH,
ILMU ITU UMPAMA TANAH,
YANG TIDAK DATANG BERGOLEK,
YANG TIDAK TERBANG MELAYANG,
DENGAN ITU TEMAN SEMUA,
TUNTUTLAH ILMU KETIKA MUDA,
AGAR SEBATI DI DALAM JIWA.....
BUKAN SEBARANG KATA,
NAMUN REMEH TANGGAPAN MANUSIA,
EMPAT ABJAD INDAH TERUKIR,MENYIMPAN SERIBU MAKNA,
TERSIRAT JUTAAN RAHSIA.
ILMU,
TIDAK TERNILAI HARGANYA,
NAMUN BUKAN SEMUA MANUSIA,
MEMAHAMI KEPENTINGANNYA,
BAGI SESETENGAH MEREKA,
ILMU ITU SEKADAR NAMA,
INGATLAH,
ILMU ITU UMPAMA TANAH,
YANG TIDAK DATANG BERGOLEK,
YANG TIDAK TERBANG MELAYANG,
DENGAN ITU TEMAN SEMUA,
TUNTUTLAH ILMU KETIKA MUDA,
AGAR SEBATI DI DALAM JIWA.....
MATAPELAJARAN DIMINATI
SAYA SUKE SUBJEK SEJARAH..SEBAB SAYA RASE SEJARAH MEMANG BEST.WALAUPUN KENE INGAT TAHUN,TPI SAYA RASE IA TIDAK LAH BERAT BAGIKU UNTUK HAFAL TARIKH-TARIKH TU..TPI TIME PEKSE JE,BARU PERTAMA KALI DAPAT A.BUKAN MACAM NADI..HEBAT SEJARAH TU..AJAR GOK SKIT..HE..HE..HE..
tentang diriku
Nama:Siti Nur Amirah Binti Jasmi
Trikh Lahir:22.11.1997
Umur:14 tahun
Hobi:Bermain Badminton
Cita-Cita:Pensyarah
Makanan kegemaran:Semua Masakan Ibu
Minuman kesukaan:Air Yang Menyegarkan
Nasihat:Jadilah Orang Yang Berjaya Bukan Di dunai Sahaja Malahan Juga Di akhirat Dan Yang Penting Sekali Taatlah Perintah ALLAH Dan Ibu Bapa
Trikh Lahir:22.11.1997
Umur:14 tahun
Hobi:Bermain Badminton
Cita-Cita:Pensyarah
Makanan kegemaran:Semua Masakan Ibu
Minuman kesukaan:Air Yang Menyegarkan
Nasihat:Jadilah Orang Yang Berjaya Bukan Di dunai Sahaja Malahan Juga Di akhirat Dan Yang Penting Sekali Taatlah Perintah ALLAH Dan Ibu Bapa
Subscribe to:
Comments (Atom)